07 January, 2010

DI MANA PERJALANANKU BERMULA .....5


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Hari ini bertarikh Khamis 7-Jan-10, maka genapkan hampir seminggu paparan artikel DI MANA PERJALANANKU BERMULA 3 ditulis. Siap dengan gambar campuran MP2009 dengan KF.

Mungkin anda tertanya-tanya, mengapa saya mencampur ke-dua-dua sistem ini. Nak menyaingi Cikgu Wha kah??? ...... Tidak ....Anak murid yang jujur terhadap gurunya tidak akan sesekali bersikap kupakan diri. Dah la MP2009 tu percuma, telah banyak sistem tersebut membantu saya memahami forex dan apa yang beyond forex.

Supaya tidak berlaku fitnah, saya perlu menyatakan pendirian saya agar anda yang akan memanfaatkan artikel saya ini dapat memanfaatkannya sebagaimana yang saya inginkan.

1) Saya pernah ikut seminar KF. Dah la waktu tu .... pengetahuan forex masih kosong. Banyangkan bagaimana nak trade kalau basic forex pun tiada. Ikut secara membuta tuli. Ikut signal je KF je . Tapi, adakah anda tahu bahawa KF bukan ciptaan pemilik seminar KF?? Ia adalah ciptaan Zeman dn nama sistem itu adalah Isakas. So .... apa yang akan berlaku kalau kita guna sistem , tidak ikut cara sebenar cara guna sistem itu??. Itulah yang berlaku pada saya .... banyak lost dari dapat profit.

2) Bila banyak rugi sebab cara guna sistem KF tak betul, saya cuba surf internet. Cuba cari forum-forum yang bincang KF. (dalam seminar, kami dinasihatkan agar menjauhi forum-forum bincang forex di internet). Maka terjumpalah forum di mana pengguna-pengguna KF berbincang. Kat situ saya mula tahu siapa sebenar pereka sistem ini dan bagaimana sistem itu dibuat untuk bekerja. Soalannya, adakah selepas itu trading saya senakin baik???? .....saya pun tak tahu sebab lepas banyak lost dengan KF, saya tak lagi trading real akan dengan KF. Saya hanya guna demo.

3) Bila guna KF dalam demo selepas jumpa forum tersebut, pengetahuan saya tentang forex meningkat. Apa-apa persoalan yang timbul tentang cara nak guna sistem itu, saya tulis dalam kepala dan cuba cari jawapan dalam internet. Hasilnya ... ada lost dan ada profit. Tapi ... saya masih lagi takut-takut untuk trade sebab masih belum mencapat tahap terampil.


4) Saya ada terjumpa dengan beberapa rakan-rakan lama yang sama-sama ikut seminar KF dengan saya. Umur mereka dah pun hampir bersara. Saya tanya mereka ... bagaimana trade? mereka menjawap .... hasil mereka amat tidak memberangsangkan. Ada yang modal 5000 USD, dah tinggal 1000 usd je sebab lost. Dia tertekan. Saya juga simpati. Ketika itu, saya dah pun 70% confident dengan MP2009 dan dah boleh buat profit dengan MP. Saya rasa sebagai rakan berforex, walaupu hanya kenal gitu-gitu je .. rasa terpanggil untuk sama-sama membantu bekas-bekas rakan seminar yang sama-sama terperangkap denagn ketidakfahaman kami tentang KF.

5) Di dalam blog ini, saya menyatakan pendirian saya bahawa KF (sebenarnya ia ISAKAS) adalah satu sistem yang baik kalau digunakan ikut cara yang betu sebagaimana rekaannya oleh Saudara Zeman. Forum bincang KF tu pun boleh buat profit. TETAPI saya sudah tidak hendak lagi guna KF ni sebab saya lebih seronok guna MP2009. Mengapa???? akan saya ceritakan dalam artikel seterusnya.


6) Oleh sebab nak share pengalaman saya ini kepada rakan-rakan yang senasib dengan saya yang saya jumpa di seminar tu agar trade mereka boleh dapat profit. Saya hanya akan bincang MP2009 sahaja sebagaimana yang diajar oleh Cikgu WHA. Saya tidak akan sesekali menceritakan sistem lain atau teknik lain selain dari teknik cikgu.

7) Oleh itu, saya tak akan MENGAJAR cara OP guna teknik 7 bar atau 3EMAs sebab itu bukan  teknik cikgu dalam MP2009. Tak akan sesekali .... never ..... nehi he .... lan ....tetapi saya cuma akan cerita bagaimana saya gunakan pemahaman saya tentang 2 teknik tersebut untuk memahami sistem ciptaan Cikgu Wha926 ini.

ok ..... dah banyak mengomel lah saya ni ..... saya bukanlah seorang otai untuk anda jadikan saya rujukan dalam berforex. Tidak .... tidak ..... nak jadikan saya kawan anda  .... ya .... itu boleh. Yes ... kita kawan je .... sebagai kawan, saya tak akan lokek ilmu yang saya dapat. Harap kengkawan yang sama-sama seminar forex, kalau baca blog ni .... tolonglah beri sedikut komen yang membina. Saya harap selepas ini, kita dapat manfaatkan MP2009 dengan jayanya dan jangan lupa ..... jangan lupa kepada pereka sistem ini (cikgu wha) yang dah habiskan ribuar dollar ..... dolar ye .... bukan ringgit, untuk menjadikan MP2009 benar-benar berketerampilan 99% dipercayai.


Monolog :


Cikgu Wha .... terlalu banyak jasa mu kepada ku, walaupun aku seorang guru ... tetapi jiwa guru mu tak tertanding oleh jiwa guru ku

Kalau cikgu bertanya ku .... apa pedoman yang paling berharga ... maka inilah dia .... 10 pips  "sudah tak sangga" (suah banyak)


Pssst .... nak pi makan dulu. Kemudian solat. Sat lagi nak mai menulis pulak.

Sofiys2
2:oo PM

No comments:

Post a Comment