01 January, 2010

DI MANA PERJALANANKU BERMULA .....

Kalaulah andaseorang guru ataupun pernah melibatkan diri dalam pendidikan, tentu anda akan diberikan satu tips yang amat mudah tetapi payah kita nak dapat ....

Apa dia tips tu ....???

Sudah tentu anda pernah menonton adegan P.Ramli dalam Pendekar Bujang Lapok. Takkala mereka bertiga disuruh belajar membaca dengan anak pendekar Mustar. Di suruh sebut alif, ba, ta, tha ..... mudah sahaja mereka ikut dan faham. Tapi bila disuruh menyebut huruf jim, kha, kho ... macam-macam jawapan yang keluar.

Adegan itu adalah tempelak halus kepada golongan guru-guru agar ambil tahu pengetahuan yang sedia ada murid sebelum nak ajar perkara baru. Kenapa .... selalunya kalau pengetahuan baru, "clash" dengan pengetahuan yang sedia ada murid, mereka akan lambat faham. mungkin tak faham langsung.

Begitulah kita dalam berforex ini. Tentu anda yang pernah menghadiri suatu seminar di KL atau membeli ebook forex, akan tahu Sistem ini :-

 

Ya ..... sistem ini direka oleg saudara Zeman di forum forex TSD (click). Yang kita dapat di seminar tu, tuan seminar dah bagi tau yang indicator ini adalah percuma.

Pada mulanya, bila pergi seminar, berkobar-kobar semangat. RM500.00 rasa tak rugi dibayar. Bila balik rumah ... mencuba teknik yang diberi, semakin sehari ke sehari banyak pulak lost yang dapat. Akaun real pulak tu. dah tu .... osek-osek (surf) internet, maka terjumpalah Duniafx pulak.

Tengok gaya macam boleh makan kalau guna indi Duniafx. Osek-osek kat internet, makan terjumpalah indi MBT oleh broWarhead. Cuba MBT pun tak boleh makan jugak macam Kuasaforex di atas. Tapi rakan-rakan forum semuanya dapat pips tak kurang dari 50pips sehari.

Itulah yang membuatkan aku terfikir kembali .... apakah sistem yang bermasalah (nak cari holy grail lah ni) atau ada sesuatu yang beyond indi yang aku masih belum faham?????

Ya ..... memang ada ..... ia adalah TREND.

No comments:

Post a Comment