12 January, 2010

DI MANA PERJALANANKU BERMULA .....8

Penulisan saya berkaitan " Di Mana Perjalanan Ku Bermula" telah pun menjangkau 8 siri. Cukup 10 siri, kira boleh "take profit" kot .....(tutup).

Sebagai pengakhiran sisi ini .... di sinilah saya ingin menyatakan bahawa kalaulah kita dulu-dulu ni tahu bagaimana Isakas (Kuasaforex la...) bekerja, sudah tentu kita tak kerugian macam sekarang ... ye tak?

Sewaktu saya belajar cuba mengorek rahsia-rahsia MP2009 melalui Isakas ... saya tertanya-tanya tentang satu indi yang terdapat pada Isakas, iaitu indi Kuskus_Starlightv2. Indi ini terdapat dalam Isakas. Tetapi saya tak dapat mencari persamaannya dalam MP2009.

Lama jugak dok cari jawapan. Jawapan pulak tak muncul-muncul. Bagaimana Kuskus Starlight tu bekerja??. Apa yang dia ukur pada chart? Pergerakkan harga kah? Trend kah? atau papa-apa tah??

Mulanya saya rasa yang Starlight adalah untuk menunjukkan pergerakan harga Kalau dia biru dan di atas ... dan yang lain semua biru ... terus saya BUY dan begitulah sebaliknya.

Kata orang ... makan hati berulam jantung (susah hati). Memang pun .... saya kalau tak dapat cari "rahsia" kira tak syok la .... rasa tak yakin pada diri sendiri.

Saya berpendapat ... disebabkan oleh kerana kita tidak tahu atau salah sangka bagaimana Starlight bekerja lah yang membatkan kita selalu lost pips.

Alhamdulillah .... pada suatu hari .... tak kala sedang belajar MP2009, tetiba teringin nak buka tread Merdekarama, nak tengok kot-kot ada tips baru dari Cikgu Wha ... memang pun kalau ada saya tips, saya akan kumpulkan dan buat nota atau cuba cari maklumat tambahan supaya saya benar-benar faham akan apa yang diajar.

Bila buka-buka tengok tread .... mak aii!.... dalam diam-diam Cikgu Wha keluarkan satu lagi sistem! Power punya sistem sampai aku pun tak tau mana nak guna MP2009 kah atau sistem baru ni!.

Dalam hati terlintas " eh .. baik betul cikgu wha ni ... nak tak termakan pips kita dapat dengan MP2009, dia beri lagi yang lebih power". Itulah kata-kata hati aku.

"Kalau macam ni, dah lah diberi betis, paha juga di beri", dah tu apa yang tak cukup lagi kepada mereka-mereka yang sentiasa meminta-minta sistem itu dan ini dari Cikgu. Cukup lah tu .....uka

Ku buka Sistem itu. MP Boooter namanya. Sehebat nama itulah sehebat pips yang dia boleh kaut. Ku ambil dan ku kaji apa istimewanya Booster ni dari yang tak booster.

Ohhh..... di situ rupanya keistimewaannnya. Cikgu kata, indi booster adalah indi yang dapat mengesan momentum awal untuk pergerakan harga. INGAT kata kunci yang cikgu beri : MOMENTEM.

Cuba anda cari apa itu momentum dan bagaimana indi momentum seperti booster itu boleh membantu kita untuk "take profit" dengan jayanya.

Saya tidak lupa .... saya ambil semua indi dalam Isakas dan letak dalam Sistem baru itu ..... nak buat banding beza ... pasai apa saya perlu buat? .... sebab bila saya buat banding beza .... saya akan belajar sesuatu.... begitulah yang cikgu saya ajaq. Kalau nak faham cepat, kena buat banding beza.

So .... ini lah dapatan rumusan saya.



Dengan menggunakan sedikit imaginasi yang Allah s.w.t. beri, saya dapat lihat rupa-rupanya Isakas dan MP Booster apa persamaan indi secara tak langsung.

Dengan itu ... tahulah saya bagaimana Kuskus Starlightv2 bekerja. TAPI anda perlu setkan kuskus tu kepada 35.

Cari sendiri lah bagaimana nak set.....

Maka.... berakhirlah catatan saya. Mungkin saya akan berhenti mencatat selepas ini. Semoga anda bahagia selalu.

Untuk Cikgu Wha .... terima kasih cikgu. Pelajaran saya untuk mempelajari mp2009 telah pun lengkap. Mohon halalkan ilmu yang di beri. Jika saya ada salah dan silap serta terkasar bahasa dengan cikgu, saya ,memohon berbanyak kemaafan . Restu dan doa dari cikgu saya pohonkan untuk saya menjadi trade yang berjaya.

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim ..... berkatilah usaha ku ini dan kerkatilah usaha guru-guru ku yang telah mengajarku sehingga aku berjaya ke tahap ini. Ameen ... ya Rabbal `Alamin

Yang benar

Sofiys

No comments:

Post a Comment