18 January, 2010

PINTU DAN ANAK KUNCI


Di sebelah ini adalah pintu Kaabah, sebuah binaan yang dimuliakan oleh Allah s.w.t.

Bagi saya .... saya sering ada rasa nak masuk ke dalam Kaabah sebab nak tengok apa yang ada dalam Kaabah. Kalau boleh .... nak dapatkan kunci Kaabah.

Kalaulah dapat kunci itu ... bolehlah saya masuk. Betul ke saya boleh masuk???

Mengikut pemahaman saya yand cetek ni .... oleh kerana Kaabah adalah binaan yang dimuliakan .... hanya orang-orang tertentu yang Allah muliakan sahaja yang kekadang Dia beri peluang untuk masuk - seperti penjaga amanah Kaabah. Sudah tentu dia boleh masuk.

Dengan kata lain, nak masuk Kaabah, tak boleh setakat ada kunci. Kena jugak tahu dan beramal dengan syarat-syaratnya .... saya pun tak tahu apa syaratnya....

Berbalik dengan persoalan anak kunci ..... semua kita bila dengar tentang forex .... langsung teringan menceburinya. Forex ini ganas, seganas taufan di lautan Atlantik.

Bah kata Melayu ... harimau adalah binatang yang paling ganas dan buas. Tetapi seganas ganas haimau, ada orang yang dapat menundukkan harimau. Apakah anak kunci untuk menundukkan forex yang seganas harimau itu  ....

Ada sesetengah kita bila dapat Sistem Merdekarama .... begitu teruja sebab selama ini itulah sistem yang dia cari untuk membantu membuat mencari profit ... bukan mencari money.

Ada yang bila guna merdekarama, selalu lost pulak. Disalahnya sistem....

Saya dahulu sebagaimana anda jugak lah .... menggunakan sistem Isakas (Kuasaforex). Disebab tak faham sistem itu, malah lost pulak ... disalahkannya sistem itu. Walhal .... pabila dah pandai Merdekarama .... dirasakan Kuasaforex itu senang pulak. Malah ada yang boleh profit dengan Kuasforex.

Nasihat saya .... kenalilah dimana tahap anda. Rujuk kembali artikal yang saya dapat tentang Tahap Tahap Seorang Trader (klik)

Sudah banyak KATA KUNCI yang diberi oleh cikgu .... salah satunya ialah TREND. "Trend is your friend until it ends", kata Cikgu Wha

Cubalah fahami kata-kata kunci itu   .... dan carilah maklumat-maklumat tentang trend.

Saya boleh beri guide sikit. Baca kembali artikel yang saya kumpulkan ini.:

1 - Mengapa Waktu Trade Itu Penting

2- Alat Uji Trader Yang Trampil

3- Waktu Panas Forex

4 - Waktu yang perlu anda tahu untuk berforex

Semua nya diatas itu adalah artikel mengenai pengalaman saya dalam belajar mengenali dunia forex. Saya kumpulkan artikel itu dan letakkan di blog RIWAYAT HIDUP ANAK PADANG PELIMAU sebab itulah liku-liku yand saya lalui untuk belajar mengenali apa itu trend. Semua artikel diatas adalah memberitahu anda tentang TREND ... tetapi ia ditulis secara tersirat.

Mengapakah anda tidak melaluinya sebagaimana yang saya lalui????

Saya bukanlah otai dalam forex. Saya cuma "newbie". Tapi bukannya newbie yang jenis makan pun perlu disuap.

Insyaallah ..... kesusahan dan kesabaran anda pasti berbaloi.... Kata perpatah arab ... Man Jadda Wajad - siapa yang sungguh-sungguh dia dapat.

Akhir sekali buat artikel ini .... lepas anda faham betul-betul artikel di atas .... cubalah kenal pasti TREND dan BILA TREND terjadi dalam dalam satu-satu hari

Carta EUR/USD TF30 minit di di bawah.



Setakat itulah kata kunci yang saya boleh tolong anda. Selebihnya terpulanglah kepada kesungguhan anda. Saya hanya menulis pengalaman saya sahaja ..... kalau bermanfaat .... anda ambillah. Kalau tidak bermanfaat .... jangan lah tidak sudi menjenguk blog ini pula .....

Sekian

No comments:

Post a Comment