15 January, 2010

TERIMA KASIH CIKGU ....

Setiap yang bermula sudah tentu akan ada pengakhirannya. Yang hidup pasti menemui mati. Yang ketat perlu di longgar-longgarkan. Yang kusut ... perlu dirungkaikan.

Begitulah adat orang belajar.

Dalam hukum "pengajaran dan pembelajaran (PNP)" seorang murid akan dapat belajar  apa yang diajar kalau dia dapat menghubungkaitkan asas pelajaran yang lalu (yang telah belajar atau tahu) dengan isi pelajaran yang diajar sekarang (pelajaran baru).

Kalau seorang murid TIDAK DAPAT membuat hubungkait itu, makan pengetahuannya akan menjadi "jigsaw" - yakni terpisah-pisah tidak tercantum. Dengan sebab itu, kepala akan sakit , terbeban dan bingung  dengan maklumat-maklumat yang sedang bertambah. Apatah lagi yang sedia adapun masih lagi terawang-awangan fahamnya.  Bertambahlah pening lagi ada la .... daripada bertambah faham.

Kata hukum PNP lagi .... ada murid yang belajar secara induktif - yakni dari isi pengajaran kecil-kecil hingga isi pelajaran yang besar-besar. Ada yang belajar secara deduktif - yakni dia kenal yang besar-besar dulu. Kemudian baru dia pecah-pecahkan satu persatu dengan membuat dignosis dan analisis. Kemudian dia faham.

Sebab itu, murid hendaklah mencantumkan pengetahuan "jigsaw" itu, supaya ia menjadi sautu gambaran yang jelas tentang apa yang sedang dia belajar dan ingin dikuasai itu.

Itulah kata hukum PNP.

Bertapa "terror" pun guru yang mengajar, kalau murid itu tak mau cantumkan pengetahuan jigsaw nya itu dan susun atur mengikut asas-asas dan tingkatannya ..... murid itu tak akan faham apa yang di ajar. Lainlah kalau cikgunya itu memang terorr betul.

Begitulah halnya bagaimana yang saya alami dalam liku-liku mengenal dunia forex. Mungkin ada orang tanya mengapa saya campurkan Sistem MP2009 dengan Isakas (Kuasaforex)?. Jawapannya ialah sebab saya menulis mengikut hukum PNP itu tadi iaitu mengajarbenda baru dengan menggunakan pengetahuan sedia ada rakan-rakan yang dulu guna Isakas.

Baiklah ....Kalau di tanya kepada saya .... bagaimana rupabentuk sistem yang saya gunakan sekarang??? Maka inilah yang saya paparkan:-



Di atas adalah paparan MP2009 yang asli. Cuma saya tambah kat bawah tu dengan Booster, yang saya ambil dari MP2009 Booster. Saya tak ambil dari sistem lain. Ituylah sistem yang saya gunakan. Hidup atau mati, lost atau untung, saya hanya guna sistem itu.

Berbalik kepada persoalan jigsaw .... bila saya gunakan sistem ini, dalam kepala saya yang terbayang bukannya chart ... tetapi bagaimana forex bergerak. Sistem hanya untuk tunjuk arah market. TETAPI ingat .... otak dan akal kita kena main peranan juga.

Kalau cikgu sahaja yang ajar  .... anak murid tak mau main peranan dalam mempelajari dan mencantumkan jigsaw-jigsaw yang cikgu ajar , PNP tak akan berlaku.

Satu soalan yang mungkin anda akan tanya saya ... ialah bagaimana seseorang murid itu dapat menyusun pengetahuannya itu agar dia dapat kuasai sesuatu kemahiran atau ilmu dengan baik????

Jawapanya mudah saja .... tapi perlu bekerja sikit. Ingatkan bagaimana cikgu-cikgu kita yang cemerlang di sekolah .... bagaimana mereka mengajar anak murid mereka membuat peta minda

Ingat lagi tak???? Kalau ingat .... anda memang murid cemerlang. Kalau tak ingat ..... patut pun lah anda tak kuasai-kuasai lagi cara nak berforex. Bengap ...heh .... heh... bukan nak kata.... tapi itulah hakikatnya.

Okey .... kita buat anjakan paradikma sedikit .... katakan memang anda dulunya bengap. Tanya diri anda... mengapa anda bengap.

Saya tanya diri saya pasai apa saya bengap dulu-dulu.... jawapan yang saya peroleh ialah sebab hang tak reti cara nak belajar untuk tidak jadi bengap.....heh...heh....(saya dulu pun bengap jugak).

Kata cikgu yang mengajar saya ..... untuk membebaskan diri saya daripada terus bengap, saya perlulah menyusun idea-idea yang di ajar oleh guru secara tersusun dengan menggunakan WH? (WH question). Apa itu - iaitu What, Why, Who, Where dan How. Mana-mana pun persoalan yang kita tak tahu, jawapannya adalah berlegar-legar dalam ruang pertanyaan yang saya kemukakan itu tadi.

Saya berikan contoh:

TREND - What is trend? How does trend help us to make profit? Why should we follow trend? Where does trend happen? When will trend happen? .... dan lain-lain persoalan lagi.

Lagi banyak anda tanya .... lagi banyak jawapan yang perlu di cari. Lagi banyak jawapan yang di cari, lagi banyak persoalan-persoalan yang dahulunya kita bingung dan tak tahu akan terjawab. Bila banyak persoalan terjawab .... lagi mudah kita nak susun "jigsaw-jigsaw" pengetahuan kita dalam satu bentuk urutan supaya ia membentuk satu ilmu yang berguna.

Kalau kita membuat sebagaimana yang saya lalui itu .... maka barulah berbaloi keikhlasan cikgu-cikgu yang mengajar kita berforex dalam forum-forum. Jangan bebankan mereka dengan persoalan-persoalan ketidak fahaman kita .... so kita tanya cikgu kita macam-macam. Sampai terbeban mereka disebabkan kerenah-kerenah kita. Cukuplah usaha ikhlas mereka itu yang sanggup guna dana sendiri semata-mata untuk memberi kita satu sistem yang hampir terbaik tanpa meminta apa-apa bayaran dan modal.

Tak terbalas jasa mereka .... biarpun hanya Allah yang akan membalasnya .....

Saya menulis persoalan ini adalah kerana ada sesetengah murid yang melahirkan rasa terkilan bila "cikgu yang mengajar kita berforex" dalam forum ....tidak lagi akan mengeluarkan sistemnya yang baru.

Maaf .... saya bukan seperti mereka ini yang tak mengenal dek untung. Betis dah diberi, paha juga dan dihulurkan. Takkan nak lagi.

Kepada mereka itu ... bersyukurlah apa dengan apa yang telah diberi.

Kepada guru forex saya yang saya bertemu (walaupun hanya dalam forum) .... Terima kasih Cikgu Wha926

No comments:

Post a Comment