01 January, 2010

DI MANA PERJALANANKU BERMULA .....2

Mula-mula sekali  saya - Sofiys2 - ingin menyatakan terkejut kulat sebab Al-Shahib Tok Guru WHA928 telah masuk menjadi follower sepenuh masa dalam blog ini.

Saya ni hanya anak murid. Dah la kuliah dengan Tok Guru pun selalu miss .... pissst .... tadi masuk ke blog tuan guru ajak kengkawan mai melawat blog ni bagi yang mantan guna kuasaforex dan masih kelabu-kelabu asap lagi dengan Teknik Merdekarama. Tau-tau tok guru mai jengub blog ni ..... ni yang buat kan saya ketaq tangan ni ..... bukan apa..... takut ajaq tak betul.... nanti akan bawa "ajaran sesat" pulak ....

Any way .... seperti yang saya ada nyatakan pada posting terdahulu , web "Riwayat Hidup Anak Padang Pelimau" adalah web di mana akan aku catatkan liku-liku hidup akan dalam mengenali dunia forex.

Aku mengenali dunia forex buat kali pertama secara rasminya melalui seminar kuasaforex. Aku guna sistem tersebut tapi aku lost (dalam demo). Try guna real akaun, ada untung dan ada lost. Oleh itu , ada sesuatu yang aku rasa belum cukup lagi dan aku perlu tahu apa itu.

Ia adalah TREND. Apa itu trend?

Senang faham begini .... harga matawang bergerak bull atau bear disebabkan adanya permintaan dan penawaran (supply and demand). Katakan ekonomi Eropah dan USA, menggunakan matawang Euro dan USD. Apabila berlagu perdagangan antara 2 buah negara itu, maka berlakukah supply dan demand di mana ia tercermin dalam pergerakan EUR/USD. Perdaganganlah (fundumental) yang menggerakkan pair matawang tersebut sama ada naik atau turun.

Berapa lamakah trend akan bergerak????? Ia bergantung kepada berapa banyak pertukaran perdagangan berlaku dalam sehari. Tiap-tiap hari akan ada perdagangan yang berlaku. Maka tiap-tiap harilah akan ada trend supply and demand akan berlaku.

Cuma masalahnya ialah .... bila pertukaran supply and demand berlaku???? Orang membeli waktu siang sahaja. Malam depa tidoq. Bank-bank juga dibuka waktu siang sahaja. Malam bank tutup. TETAPI perdagangan eksport dan import berlaku 24 jam seluruh dunia. Bank buka siang sahaja ..... oleh itu .. di sini  kita boleh katakan akan ada waktu tertentu di mana trend amat aktif terjadi (harga pada ketika ini bergerak pantas), Ini adalah kerana pada waktu itu bank-bank di negara berkenaan sedang mengadakan urus niaga pertukaran matawang. Matawang mana yang akan naik atau menurun ???? Jawapannya ialah .. ia bergantung kepada negara mana yang nak tukar duit terbanyak pada ketika bank dibuka itu.

Kalau kita faham akan "sunnatullah" supply dan demand ini, maka mudahlah kita meneka bila pergerakan harga akan berlaku.

Indikator yang kita gunakan (macam-macam ada ...) adalah bertujuan untuk memberitahu bilamana supply and demand berlaku waktu bank-bank dibuka.

Sekarang ... mari kita lihat  chart di bawah.



Emm.... tentu dah biasaka dengan sistem di atas ..... kalau selali imbas ..... fuh yo....mau makan pips tahap gaban ni.

Bagi yang kelabu asap .... nampak saya boleh pips tahap gaban. Nafsu tamak pun mai .... nampak semua biru terus Buy. Nampak semua mereh terus di Sell. Tau-tau .... trend di penghujung. OP tadi jadi float. Gelabah habis dan close dalam negatif. Lama-lama buat begitu .... akaun tinggal sedikit di makan dek kesilapan sendiri, close cepat sangat.

Itulah diri saya dan apa yang berlaku kepada saya.


Cuba anda setkan Kuasaforex anda menjadi seperti di atas, ada garisan putih yang membahagi period 24 hours (seperti MP2009). Macam mana nak buat???

Dekat panel MT4, pilih arahan CHART, kemudian PROPERTIES, dan pilih COMMON.  Lepas tu klik pada "show period separators". Sila buat .

Sekarang, tentu anda boleh nampak apa yang "sedikit bersinar" di sebalik kelabu asap jika di bandingkan dengan chart yang sama di atas yang tiada period separators ....kan ....kan....

Kita akan bertemu lagi dalam sesi ketiga. Saya amat memerlukan komen saudara semua yang mebggunakan kuasaforex suatu ketika dulu. harap dapat beri komen dan tunjuk ajar kepada saya yang newbie ini ...

No comments:

Post a Comment