25 January, 2010

PETUNJUK LAMPU AJAIB



Lampu merupakan sebuah alat yang telah direka sejak zaman dahulu kala untuk menerangi keadaan yang gelap supaya kita dapat bersuluh.

Ada lampu mahal dan ada lampu yang murah harganya. Namun apapun sifat lampu, dia tetap akan memberikan cahaya sehingga bekalan pembakarnya kehabisan.

Dalam blog ini, saya telah didatangi oleh seorang rakan yang nicknamenya "Lampu Ajaib", seajaib sifat lampu itu yang menunjuki dengan cahayanya, begitulah sifat tetamu saya tersebut.

Setakat ini, sudah 2 kali beliau menyampaikan cahaya penyuluh ajaibnya yang penuh hikmah dan rahsia yang tersembunyi .... penuh makna yang tersirat .... membuka pintu-pintu rahsia Sistem Merdekarama MP2009 yang selama ini tak terlintas di minda saya akan rahsia tersebut.

Komennya amat-amatlah berharga sekali. Saya terharu dengan perkongsian yang beliau diberikan. Kita boleh baca rahsia yang disampaikan dalam ruang komen.

Namun .... atas dasar tuan rumah... saya ingin sekali memaparkan kembali rahsia MP2009 yang telah beliau perturunkan untuk tatapan dan renungan kita semua.

Saya akan highlight kan mana-mana kod beliau yang mempunyai anak kunsi rahsia dalam menyelami kod-kod rahsia forex melalui MP2009


Komen Pertama beliau:-


Petunjuk paling berguna untuk trend yang sedia ada dalam MP2009 ... iaitu garisan berwarna 'pink' dan 'biru muda' MTF BrainTrend1StopLine. Ia seringkali kemunculannya dinantikan dan dapat dilihat berdekatan atau dalam Bollinger Band. Dipastikan (kemunculannya) dengan anak panah MTF BrainTrend2Sig. (Dengan indicator ini) kaedah swing adalah terbaik. Ia praktikal untuk set target profit pada next weekly S/R atau pivot

Komen beliau yang Kedua pula ialah :-

Bagi MP2009, ia mampu menghasilkan beratus-ratus pips dalam sehari, hanya dengan menambahkan indi Outside Bar/Inside Bar (Price Action Bar Technique). Setiap kali bar sebegini keluar pada penghujung MTF Braintrend (garisan merah mewakili TF 4Hr) ianya menandakan reversal atau continuation trend, bergantung pada tahap overbought/oversold dari signal WHA92807 (warna biru dan merah,ada dibawah yg juga mewakili trend pada chart 1Hr). Saya menggabungkan WHA92807 dengan Color Stochastic pada satu window indi untuk lebih jelas melihat kombinasi,,by the way,boleh awak bagi e-mail untuk saya tunjukkan contoh screenshot saya. Just for info,saya berada di Paka,,senang2 boleh sembang

 Itulah 2 rahsia yang di beri oleh Bro. Lampu Ajaib. Saya merasakan bahawa apa yang telah dikuasai oleh beliiau adalah di luar kemampuan saya sendiri dalam menguasai MP2009. Nampak nya beliau dahpun bertahap otai dengan MP2009 ini.

Akhir kata, saya ingin mengucapkan ribuan penghargaan kepada Bro. Lampu Ajaib atas tips yang diberi. Saya amat berharap agar beliau dapat menulis dengan lebih jelas dan terperinci bagaimana tekniknya itu membawa ratusan pips dalam sehari dengan MP2009.

Email saya ialah sofiys2@gmail.com. Insyaallah, pabila saya dapat maklum balas dari beliau, akan saya paparkan dalam blog ini untuk khazanah bersama.

Sekian, terima kasih.

Sofiys

No comments:

Post a Comment