18 January, 2010

KISAH NELAYAN OLEH WHA926



Kali ini, mari kita membaca kisah pulak. Kisahnya adalah kisah 2 orang nelayan. 

Nelayan pertama ialah nelayan laut dalam. Nelayan kedua adalah nelayan kecil.

Lautan kita umpamakan sebagai lautan forex yang maha luas dan ganas. Kisah ini adalah nukilan  daripada WHA926. Saya ubah-sikit-sikit gaya dan struktur ayat.

Ikutilah kisahnya :

Berikut adalah kisah seorang trader yang gemar sekali GAGAL... Ianya disebabkan beberapa pekara:-


Antaranya:-
1. Takut mengambil posisi...
2. Takut kalah...
3. Sering tidak yakin...


Oleh itu… Bagaimana sepatutnya sikap trader? TRADER ADA 2 JENIS...

Trader yang pertama....dia mempunyai 2 time frame. Time frame yang besar seperti H4 dan  Daily  serta time frame yang kecil...seperti 15M atau 30M



Sifat-sifatnya adalah trader pertama ialah dia sentiasa merujuk kepada 2 time frame. Time frame besar dijadikan sebagai master trend dan time frame yang kecil dijadikan time frame untuk open posisi.





KELEBIHAN...


Trader Pertama ini mampu membaca trend sehingga berhari-hari...Beliau mampu menyakinkan diri trend itu diikuti... bak kata pepatah ikut gelombang besar...

Seperti mana sampan kecil apabila mengikut gelombang besar ... ianya selamat kerana ia tidak sedar sama ada gelombang tengah tersebut sedang naik atau
turun...

Bak kata pepatah seekor semut yang
jatuh dari bangunan tinggi...

KELEMAHANNYA ...

Mereka terlalu lama dengan trend sehingga tak sedar trend dah berubah...

Mereka juga tidak tahu bila harus mengubah trend...

Mereka ... berjaya di awal trend .. tetapi di penghujung trend, mereka sering gagal...



Berkisahlah pula trader yang kedua...

Ianya hanya mengambil satu time frame .... Sebagai contoh time frame 30M ....

Di sini hidup, matinya disitu...

Dia tak kisah trend besar atau trend kecil ... Baginya itulah trend dia ... seperti dalam journal kata... trend ada di mana-mana...

KELEBIHAN...

Ianya akan mengikut arus sebenar ... iaitu ombak-ombak kecil

Dia dapat merasakan perubahan trend dan sering cekap mengendalikan sampan kecil...

Dia sering mendapat ikan-ikan sederhana/kecil yang boleh dimakan ... berbanding trader pertama hanya menangkap ikan-ikan besar.. nak tangkap ikan paus kot...

Bekalan ikan-ikan kecil ini sesuai baginya ... dan boleh pulang pada petang harinya ... maksud saya nak tidurlah..

Tutup trade hati senang ... dengan tak ada float...

Trader ini sukar gagal.... pertama ... sebab ikan kecil habuannya (10 pip je) .... Lepas tu ... trader ini tau bila akan beubah trend...
- Bila pasang surut air laut...
- Bila perlu pulang...
- Bila perlu angkat sauh...




KELEMAHANNYA:

Trader ini jarang ada kelemahannya... di sebabkan mereka dapat menjangka waktu pasang surut ...

Namun kelemahan ketara adalah apabila Tsunami melanda... NEWS BESAR....

Inilah masanya jurumudi memainkan peranan...

Jurumudi itu ialah... diri kita sendiri... bagaimana untuk mengikut ombak tsunami.... agar tak hanyut dalam pencarian ... tetapi jurumudi perlukan sesuatu...
• Indi yg kuat...
• Ketenangan.. minda...
• Ketepatan membaca ombak...

Ini adalah supaya kapal tak karam...

Biasanya mereka yang tau saja yang berjaya... balik ke tempat asal ... ikan dapat.... perahu selamat... anak-anak kapal gembira ... isteri dan anak-anak akan menanti penuh setia...

Itulah Kisah 2 Jenis Trader....




No comments:

Post a Comment