04 January, 2010

DI MANA PERJALANANKU BERMULA .....4

Fiman Allah s.w.t dalam Surah Ali Imran, ayat 14 :



Terjemahan

Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: (i) kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan (ii) anak-pinak; (iii) harta benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; (iv) kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih; dan (v) binatang-binatang ternak serta (vi) kebun-kebun tanaman.

Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. Dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga).

Itulah pesan Allah s.w.t kepada kita dalam liku-liku yang berforex ni. Forex ni adalah kekayaan. Dalam kekayaan ni, ada positif dan ada negatif. Bila dah kaya .... selalunya kita terkena 6 perkara di atas ataupun salah satunya. Dulu biar pakai kereta buruk. Asalkan tiap-tiap bulan tak keluar duit banyak. Bila dah mula dapat PELUANG saja nak tambah rezeki .... mulalah angan-angan pun datang. Terlupalah sedikit kita akan persoalan "mengapa Allah pilih kita untuk diberi peluang kekayaan ini yang kalau berjaya tak habis dimakan hingga ke anak cucu????"

Bila kita dah tak teringat Allah .... maka penyakit-penyakit kekayaan mula lah membelit hati. Nak cari isteri yang comel sikit... nak kereta baik sikit .... BMW dan Mercedes yang nakmak pada angan-angan. Masuk demo forex pun masih belum dapat buat untung, apatah lagi nak buat duit.

Keghairahan demi keghairahan menyebabkan kita mencari-cari ilmu forex biarpun terpaksa keluar belanja yang besar. Ada yang RM 600, ada yang RM 1000 dan ada yang RM5000. Nampak kekayaan yang nak mai ....hingga kita lupa bahawa yang kita nak dapatkan itu  (kekayaan forex) juga adalah milik Allah.Mengapa kita tak minta kepada Yang Benar-Benar Kaya iaitu Allah s.w.t. Mohon Allah tunjukkan kita bagaimana jalan usahanya. Minta allah tunjukkan kita siapa yang boleh jadi guru kita dalam nak berforex. Sebab kita tak nak yang orang yang kita belajar tu ialah guru palsu atau "guru-guruan"

Dan yang paling kita jangan lupa ialah memohon supaya Allah memberi kekayaan itu kepada tangan kita, bukan kepada hati kita. Kalau Allah beri pada hati kita ... maka jadilah kita macam dalam ayat di atas. Allah s.w.t. terang-terang sebut "zuyyina lin naas" - dihiaskan I(dijadikan indah) pada manusia - hati ini yang perlu kita risaukan dulu sebelum kita risau kenapa dah bertahun belajar forex tak bleh-boleh lagi ni ......

Tanyalah cikgu-cikgu kita yang ajar kita forex ... Cikgu Wha, Cikgu Idris, Cikgu Mokh997 dan cikgu-cikgu lain yang ikhlas mengajar, apa yang paling mereka hargai dalam forex ..... mereka akan kata ..... " yang paling saya dapat belajar dalam berforex itu ialah apa itu tamak, bukan pips yang saya kejar tapi nilai pis yang saya nak dapatkan".


No comments:

Post a Comment